mfr5.blogspot.com

mfr5.blogspot.com

Wednesday, April 27, 2011

Ular Paling Berbisa

Adalah dimaklumkan pada zaman dahulu, seperti yang diceritakan oleh orang-orang tua zaman dahulu kala, kala yang mana ialah kala yang sudah zaman berzaman tetapi bukanlah sebelum zaman dinasour sebaliknya sesudah zaman dinasour, seperti yang sudah dimaksudkan berdasarkan tajuk yang telah ditulis di atas, hendak diceritakan bahawasanya pada zaman dahulu ular yang paling berbisa bukanlah ular yang kita sedia tahu pada zaman sekarang iaitu ular tedung, sebaliknya ular sawa.

Hendak dijadikan cerita bisa ular sawa tersebut, bila mana ular sawa ini mematuk tanah, orang yang jauh daripadanya boleh mati. Begitulah kuatnya bisa ular tersebut. Tetapi, ada seekor burung yang tidak menyukai ular sawa ini oleh kerana bisanya yang kuat itu, iaitu burung gagak.

Suatu hari, adalah seseorang entah dari mana datangnya, telah mengambil telur ular sawa ini untuk dijadikan ubat. Hendak dijadikan cerita, apabila ular itu mengetahui perkara tersebut ia berasa marah. Lalu, datanglah burung gagak mengatakan telurnya telah dicuri oleh seorang lelaki. Dengan perasaan marah ular itu telah mematuk tanah.

Lalu, burung gagak pun memberitahu orang itu tidak mati. Ular berasa bisanya tidak kuat lagi lalu ia memuntahkan bisa itu keluar dari badannya dan terus berlalu pergi. Kemudian berkatalah, gagak tersebut kepada binatang-binatang lain yang mana ular sawa sudah membuang bisanya dan barang siapa yang memakan muntah ular tersebut akan menjadi kuat.

Lalu, binatang yang pertama memakan muntah ular tersebut ialah ular tedung dan akhir sekali semut merah. Oleh kerana itu,maka jadilah ular tedung yang ular yang paling berbisa seperti yang ada pada zaman sekarang. Seperti mana yang kita sedia maklum, apabila semut merah menggigit rasa gatal kerana semut merah adalah binatang yang akhir sekali makan muntah ular tersebut. Demikianlah, tamatnya cerita yang mana ianya tidak diketahui adakah betul atau tidak.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates