mfr5.blogspot.com

mfr5.blogspot.com

Friday, April 29, 2011

Orang gila



Pada zaman yang akan datang, yang mana masanya tidaklah berapa jauh dari zaman ini, paling tidak pun sepurnama jaraknya, akan adanya orang gila yang mana nak kata gilanya dia itu adalah seluruh kehidupannya dikatakan macam orang gila. Kegilaannya itu telah memecah kebuntuan orang ramai yang mana tahap gilanya itu adalah sampai ke tahap yang mana dia membuatkan orang ramai pening kepala oleh kerana perkataan, cara percakapan, dan tutur kata yang memeningkan dan berputar belit sehinggakan terdapat juga orang yang mati kerana memikirkan pendapatnya yang tidak masuk akal dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras dari golongan orang yang cerdik pandai serta yang berteraskan logik akal daripada pembacaan buku-buku ilmiah yang mana bukunya datangnya dari zaman Rom dan Parsi ataupun dari zaman dahulu kala. Adapun terdapat orang yang memahami pendapat dan pemikirannya itu maka nescaya kemungkinan orang yang sependapat dengannya itu mungkin juga gila atau sudahpun menjadi gila kerana sehari suntuk atau bertahun-tahun cuba untuk memahami, memikirkan, dan mengkaji salasilah dan keturunan orang gila tersebut serta pendapatnya itu yang mana akan membuatkan lagi orang ramai menjadi tidak siuman, tidak betul, dan tidak waras akal fikirannya. Sekian, demikianlah tamatnya sengketa dan penulisan ini yang mana asalnya tidak diketahui oleh orang ramai dan yang lebih tahu adalah orang yang memahami dan mengetahui secara lebih lanjut melalui kajian yang lebih terperinci, adil dan saksama.

Wednesday, April 27, 2011

Ular Paling Berbisa

Adalah dimaklumkan pada zaman dahulu, seperti yang diceritakan oleh orang-orang tua zaman dahulu kala, kala yang mana ialah kala yang sudah zaman berzaman tetapi bukanlah sebelum zaman dinasour sebaliknya sesudah zaman dinasour, seperti yang sudah dimaksudkan berdasarkan tajuk yang telah ditulis di atas, hendak diceritakan bahawasanya pada zaman dahulu ular yang paling berbisa bukanlah ular yang kita sedia tahu pada zaman sekarang iaitu ular tedung, sebaliknya ular sawa.

Hendak dijadikan cerita bisa ular sawa tersebut, bila mana ular sawa ini mematuk tanah, orang yang jauh daripadanya boleh mati. Begitulah kuatnya bisa ular tersebut. Tetapi, ada seekor burung yang tidak menyukai ular sawa ini oleh kerana bisanya yang kuat itu, iaitu burung gagak.

Suatu hari, adalah seseorang entah dari mana datangnya, telah mengambil telur ular sawa ini untuk dijadikan ubat. Hendak dijadikan cerita, apabila ular itu mengetahui perkara tersebut ia berasa marah. Lalu, datanglah burung gagak mengatakan telurnya telah dicuri oleh seorang lelaki. Dengan perasaan marah ular itu telah mematuk tanah.

Lalu, burung gagak pun memberitahu orang itu tidak mati. Ular berasa bisanya tidak kuat lagi lalu ia memuntahkan bisa itu keluar dari badannya dan terus berlalu pergi. Kemudian berkatalah, gagak tersebut kepada binatang-binatang lain yang mana ular sawa sudah membuang bisanya dan barang siapa yang memakan muntah ular tersebut akan menjadi kuat.

Lalu, binatang yang pertama memakan muntah ular tersebut ialah ular tedung dan akhir sekali semut merah. Oleh kerana itu,maka jadilah ular tedung yang ular yang paling berbisa seperti yang ada pada zaman sekarang. Seperti mana yang kita sedia maklum, apabila semut merah menggigit rasa gatal kerana semut merah adalah binatang yang akhir sekali makan muntah ular tersebut. Demikianlah, tamatnya cerita yang mana ianya tidak diketahui adakah betul atau tidak.

Surat Perjanjian



Dengan ini adalah bahawasanya, menurut kata-kata orang zaman dahulu yang mana tinggal di ceruk mana yang dikatakan boleh diduduki atau di gua yang mana tempatnya itu di dalamnya terdapatnya air mata air atau di pedalaman kawasan parit lurus kerana sungainya yang lurus, haruslah dia mengenakan pemakaian yang mana si pemakainya itu dari keturunan orang bangsawan kerana bangsa dan rakyatnya adalah di kalangan orang yang ada penyakit sawan dan kurang siuman, yang mana mengikut kepercayaannya adalah bahawasanya dia adalah seorang yang mempunyai kuasa yang amat dan saling tidak adakah benar dia mempunyai kuasa yang amat luar biasa sedangkan penduduk kampung dan rakyat jelata yang mana siangnya berkebun dan pada malamnya berkebun juga, dan oleh kerana itulah mereka miskin dan papa kedana kerana kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sedangkan orang yang dimaksudkan tersebut amat kaya yang mana hartanya tiada penghujungnya. Oleh yang demikian tamatlah cerita ini.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates